Bisnes Tuisyen

Cara Nak Renew Lesen Bisnes Pusat Tuisyen

Setelah anda sudah mendaftar lesen pusat tuisyen selama 5 tahun, anda WAJIB membuat pembaharuan pendaftaran lesen pusat tuisyen sekiranya premis pusat tuisyen anda masih meneruskan operasi setelah 5 tahun.

Anda hendaklah memperbaharui (renew) lesen 3 BULAN SEBELUM tarikh pendaftaran lesen anda tamat.

Berikut adalah cara membuat pembaharuan pendaftaran lesen pusat tuisyen :-

  1. Anda hendaklah mengisi BORANG B pembaharuan lesen pusat tuisyen dan SENARAI SEMAK PEMBAHARUAN . Untuk dapatkan borang anda boleh ke :-

a) Pergi ke pejabat pendidikan daerah terdekat atau,

b) KLIK SINI untuk download BORANG B : Permohonan Membaharui Perakuan Pendaftaran dan KLIK SINI untuk download SENARAI SEMAK PEMBAHARUAN (Sumber : JPN Selangor)

BORANG B PERMOHONAN MEMBAHARUI

BORANG SENARAI SEMAK

2. Pastikan anda sertakan dokumen asal :-

a) Sijil Perakuan Pendaftaran

b) Sijil Lampiran A (Bilik-bilik yang diluluskan)

c) Sijil Lampiran B (Kurikulum dan kadar yang diluluskan)

d) Sijil Permit Bertugas Pengetua

e) Permit Bertugas Ahli Lembaga Pengelola

f) Salinan sijil SSM (Perniagaan)

g) Salinan Lesen PBT (Majlis)

h) Salinan Resit Cop Pemeriksaan Alat Pemadam Api (Bomba)

i) Surat Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement)

j) Borang Enrolment Pelajar dan Guru


Setelah siap diisi dan segala dokumen dah disediakan, anda hendaklah sediakan pembayaran RM50 untuk membaharui dan borang dan dokumen diserahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang terdekat dengan anda.

BACA LAGI : CARA CARI GURU TUISYEN UNTUK PUSAT TUISYEN ANDA

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *