Bisnes Tuisyen

Cara Bagi Fail Tersusun Untuk Lesen Bisnes Pusat Tuisyen

Setiap pusat tuisyen yang sudah mendaftar lesen dengan KPM, pastinya pegawai PPD akan datang melawat premis anda bagi memastikan pentadbiran pusat tuisyen anda tersusun dan proses pembelajaran pusat tuisyen mengikuti silibus terkini pendidikan.

Bagi memastikan pentadbiran tersusun, kita nak tahu apakah fail-fail dan dokumen yang kita perlu simpan untuk disemak oleh pegawai PPD apabila mereka datang melawat nanti.

Penulis akan kongsikan cara untuk menyusun fail-fail dan dokumen penting lesen pusat tuisyen mengikut kriteria tertentu. Fail ini juga disediakan oleh Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) disebabkan masih lagi ramai pengusaha pusat tuisyen yang mengalami masalah dalam penyimpanan fail dan dokumen penting seperti hilang, tertinggal, tak renew dan sebagainya.

Susunan adalah mengikut label dan kategori tertentu. Label dan fail adalah :-

PERTAMA : DOKUMEN RASMI

Susun dokumen mengikut DOKUMEN RASMI dan labelkan DOKUMEN RASMI pada fail anda.

Antara yang terkandung dalam DOKUMEN RASMI adalah :-
a) Salinan Perakuan Pendaftaran Institusi
b) Salinan Permit Pengelola
c) Salinan Lampiran “A”
d) Salinan Lampiran “B”
e) Salinan SSM
f) Salinan Majlis PBT
g) Salinan Sokongan/kelulusan 3 agensi teknikal

KEDUA : DOKUMEN PREMIS

Antara yang terkandung dalam fail atau label DOKUMEN PREMIS adalah :-
a) Salinan Perjanjian Sewa/Beli
b) Salinan Surat Perjanjian Franchise (Jika berkaitan)
c) Suratcara Pengelola yang lengkap ditandatangani oleh pengerusi
d) Dokumen peraturan dan dasar kutipan yuran
e) Peraturan disiplin pusat tuisyen

KETIGA : MAKLUMAT PREMIS

Antara yang terkandung dalam fail atau label MAKLUMAT PREMIS adalah :-
a) Cara Organisasi pusat tuisyen
b) Gambar papan iklan pusat tuisyen
c) Gambar papan tanda pusat tuisyen
d) Gambar premis pusat tuisyen (depan, dalam,tepi, belakang)
e) Senarai pendaftaran pelajar

BACA LAGI : LANGKAH-LANGKAH MENDAFTARKAN BISNES PUSAT TUISYEN DI MALAYSIA

KEEMPAT : PERMIT MENGAJAR DAN SIJIL KELAYAKAN

Antara yang terkandung dalam fail atau label PERMIT MENGAJAR DAN SIJIL KELAYAKAN adalah :-
a) Permit mengajar pengetua
b) Sijil kelayakan akademik pengetua (
c) Sijil kelayakan ikhtisas pengetua
d) Permit mengajar guru
e) Sijil kelayakan akademi guru
f) Sijil kelayakan ikhtisas guru
g) Permit pekerja (sekiranya ada)

Berikut adalah contoh gambar dibawah :-


Ingin tahu lagi tentang cara daftar lesen pusat tuisyen, jom hadiri Bengkel dan Seminar Pusat Tuisyen. KLIK SINI untuk ketahui tarikh bengkel dan seminar.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *