Pertama sekali, tahniah! kerana anda berniat untuk buka pusat tuisyen dan membantu lebih ramai lagi pelajar. Sebelum buka pusat tuisyen, satu benda yang menjadi kekangan adalah modal.
Berapakah modal yang diperlukan? Untuk pengetahuan anda semua, modal pusat tuisyen adalah antara modal buka kedai yang sangat rendah berbanding dengan modal buka kedai bisnes yang lain seperti spa, restoran, kedai runcit, dan lain-lain.
Jadi dengan membuat simpanan dan passion yang anda ada, tak mustahil anda boleh buka pusat tuisyen atas jenama anda sendiri.
Berikut adalah senarai modal untuk buka pusat tuisyen. Modal dibawah adalah dalam situasi :-
a) Modal Anggaran adalah Minimum
b) Premis adalah sewa dan tingkat 1
c) Kawasan adalah sekitar Kuala Lumpur/Selangor
d) Bermula dari kosong.
Modal Utama
a) Deposit Sewa : 2+1 : RM6000 (Sewa Bulanan : RM2000)
b) Deposit Elektrik dan Air : RM1500
c) Partition, Karpet, Pintu Kelas, Pintu Kaca : RM13,000 (Partition 5 kelas dan Jenis Gypsum Board)
d) Meja Kerusi Flip (60 unit x RM25/unit) : RM1500
e) Whiteboard 6′ x 4′ (5 unit x RM200/unit) : RM1000
f) Meja Pendaftaran (1 Unit) dan Kerusi Pendaftaran (2 Unit) : RM500
h) Alat Tulis (Marker Pen, Pemadam Whitebaord, Lertas A4) : RM200
i) Komputer/Laptop Pejabat : RM1500
j) Cat dan barang-barang cat : RM500 (Cat sendiri)
k) Banner depan kedai : RM100 (Saiz 15′ x 6′)
JUMLAH : RM25,800.00
Modal lain-lain (Sekiranya Perlu)
a) Buku Resit : RM200
b) Handphone Pejabat dan Nombor Pejabat : RM800
c) Printer Pejabat : RM500
d) Karpet/Kerusi Sofa : RM1000
e) Alatan Surau (Al-Quran , Telekung, Sejadah) : RM100
f) Langsir : RM500
g) Almari Buku : RM200
h) Mesin Fotostat (Sewa) : Deposit RM1500
i) Aircond (6 unit) : RM6000
JUMLAH : RM10,800.00
———————————————————————————————————————————————
JUMLAH SEMUA : RM36,200.00
—————————————————————————————————————————————————-
Itulah jumlah anggaran modal yang diperlukan untuk buka pusat tuisyen, jika kita lihat di atas, anggaran modal lebih kurang antara RM25k sehingga RM30k namun ia juga bergantung kepada bajet anda sendiri dan bagaimana anda mengusahakan pusat tuisyen. Lain-lain juga modal ada diperlukan seperti PEMASARAN, AMBIL STAFF PEKERJA, PENDAFTARAN PUSAT TUISYEN (Majlis, Bomba, Kesihatan, SSM) dan kos-kos lain yang tidak terlibat.
Ia juga bergantung kepada strategi anda dalam perniagaan pusat tuisyen, ada usahawan yang perlukan 1 bilik untuk bilik seminar yang luas dan ada juga yang tak perlukan bilik yang luas. Ada juga usahawa yang hanya bilik sahaja tiada ruang rehat. Jadi ia memberi kesan kos kepada partition dan sebagainya. Ini bermakna setiap perkara ada kosnya yang tersendiri dan anda perlu teliti dan rancang strategi sebelum membuka pusat tuisyen.
BACA LAGI : LANGKAH-LANGKAH MENDAFTARKAN LESEN PUSAT TUISYEN DI MALAYSIA
Waktu terbaik untuk buka pusat tuisyen adalah pada akhir tahun pada bulan November sudah mula bayar sewa (Sekiranya anda menyewa), ini kerana pada waktu itu, semua pelajar sedang cuti sekolah atau sudah tamat waktu peperiksaan. Jadi masa inilah untuk anda renovate pusat tuisyen anda, buat pemasaran dan merancang strategi (Mencari guru, pentadbiran dan sebagainya) untuk dibawa ke bulan Disember atau tahun hadapannya.
Dapatkan Senarai Semak Modal Pusat Tuisyen secara PERCUMA dibawah
Penulis merupakan cikgu tuisyen sepenuh masa dan mempunyai pusat tuisyen sendiri di Shah Alam. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda atau email ke akademisuper@gmail.com