Bisnes Tuisyen

Bagaimana Nak Jenamakan Pusat Tuisyen Anda?

Khusus kepada sesiapa yang berminat nak buka pusat tuisyen, branding atau jenama pusat tuisyen anda juga penting supaya anda lebih dikenali dan menjadi servis yang lain dari yang lain. Menurut kajian dari Nielsen, lebih 60% pengguna yang menggunakan internet lebih suka membeli produk/servis dari jenama yang terkenal berbanding kenama yang baru. (Rujukan : Nielsen). Itu membuktikan bahawa pentingnya jenama dalam perniagaan.

Selepas kita membuat keputusan untuk membuka pusat tuisyen, Anda fikirkan pula soalan ini :-

Apakah keunikan tentang pusat tuisyen anda?
Apakah yang membuatkan ibu bapa ingin mendaftarkan anaknya di tempat pusat tuisyen anda berbanding dengan pusat tuisyen yang lain?
Apakah perbezaan pusat tuisyen anda berbanding dengan pusat tuisyen yang lain?


Pusat tuisyen kini sudah tumbuh bagai cendawan di seluruh Malaysia. Oleh itu sebagai pengusaha pusat tuisyen perlu fikirkan apakah jenama yang anda ingin pelanggan ingat tentang pusat tuisyen anda.

Terdapat 4 jenis yang boleh difikirkan untuk jenamakan pusat tuisyen anda iaitu :-

a) Warna

b) Logo

c) Moto

d) Nama

Oleh itu, penjenamaan (branding) adalah sangat penting untuk anda fikirkan apakah keunikan pusat tuisyen anda. Antara contoh jenama pendidikan yang sudah terkenal dan branding dan positioning yang kuat dalam bidang pendidikan adalah Kumon, Enopi, Aloha, Smart Reader, Genius Aulad, Pusat Tuisyen Mawar, dan pelbagai lagi. Setiap jenama tersebut ada keunikan dan keistimewaan masing-masing dalam pusat tuisyen atau pusat pembelajaran mereka.

Antara penjenamaan pusat tuisyen yang anda perlu fikirkan juga adalah

Penjenamaan pusat tuisyen mengikut nama :

a) Nama :

Anda pilih nama yang sangat mudah disebut dan mudah diiingat oleh orang ramai. Mengikut puan guru bisnes seorang chairman ABS, Puan Ainon Mohd nama yang sesuai diletak adalah yang tidak melebihi 4 suku kata . Contoh : Pusat Tuisyen Berkat Jasa, Pusat Tuisyen Minda Jaya, Pusat Tuisyen Visi Minda. Elakkan nama seperti Pusat Tuisyen Gemilang Terbilang, Pusat Tuisyen Inovasi Bestari, Pusat Tuisyen Cemerlang Inovasi. Ia sangat susah untuk ibu bapa ingat dan menyebut nama tersebut. Satu kesilapan sekiranya anda meletakkan nama pusat tuisyen yang tidak menggambarkan langsung tentang pusat tuisyen anda. Panduan pemilihan nama adalah seperti berikut :-

a) Nama institusi hendaklah sesuai dan mencerminkan aktiviti pendidikan institusi berkenaan, beridentiti Malaysia, mengutamakan bahasa kebangsaan. 

b) Sesuatu nama boleh dianggap sesuai jika ianya munasabah, tidak mengelirukan, tidak menggambarkan sesuatu yang tidak benar atau menyentuh perasaan mana-mana pihak.

c) Nama-nama yang tidak dibenarkan  untuk pendaftaran dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) adalah :-

a) Nama negeri, Bandar dan daerah

b) Nama parti politik atau ringkasannya

c) Nama pemimpin atau orang kenamaan luar Negara

d) Nama orang kenamaan yang masih hidup

e) Nama ringkas

f) Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia harus terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis waris

g) Nama yang menggunakan perkataan Yayasan/ Politeknik/ Akademi/ Institut/ Maktab dan Kolej Universiti

h) Nama yang mengandungi perkataan : Sdn. Bhd/ Enterprise

b) Logo :

Dengan logo yang cantik dan mengikut design yang terkini, ia secara langsung dapat meyakinkan para ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar di temapt tuisyen anda. Logo yang menarik juga menunjukkan bahawa pusat tuisyen tersebut megah, maju dan serius dalam pendidikan. Logo tidak tertakluk kepada mana-mana syarat dan anda terpulang untuk design yang bagaimana asalkan cantik, menarik serta meyakinkan.

Ada pepatah Inggeris mengatakan “A picture paints a thousand words.” (Sekeping gambar melakar seribu perkataan). Bermaksud dengan satu logo sahaja walaupun kecil, ia memberikan impak yang besar terhadap pusat tuisyen anda. Dengan adanya logo, ia memberi gambaran professional kepada pusat tuisyen anda dan ibu bapa lebih mudah untuk mengingati atau imej daripada perkataan. Ingat semula pepatah Inggeris tadi, bahawa dengan hanya melihat gambar atau logo anda sahaja pasti mereka tahu pusat tuisyen apaka itu.

c) Warna :

Warna yang dimaksudkan adalah warna pada logo dan warna utama pusat tuisyen anda. Dengan pemilihan warna yang sesuai, ia dapat membuatkan pelajar atau ibu bapa sentiasa ingat dengan pusat tuisyen anda. Setiap perniagaan yang berjaya pasti mereka ada warna utama. Seperti contoh, Maybank warna utama kuning, Facebook warna utama biru, dan banyak lagi. Tips untuk meletakkan warna adalah tidak melebihi tiga warna utama agar mudah untuk ibu bapa/pelajar sentiasa ingat dengan pusat tuisyen anda.

d) Moto :

Moto juga menunjukkan bahawa apakah yang anda beri kepada ibu bapa/pelajar dan moto yang sesuai adalah tidak melebihi 3 patah perkataan.

Ada 6 strategi yang kita boleh jenamakan pusat tuisyen :-

Strategi pertama : Menjadi yang pertama seumpamanya

Anda ingin menjadi pusat tuisyen yang pertama seumpamanya di Malaysia atau di dunia. Di mana tiada langsung pusat tuisyen lain yang sama macam anda. (Contoh : Anda mempunyai Pusat Tuisyen pertama di Malaysia/dunia yang menawarkan belajar 10 subjek bahasa lain dalam pusat tuisyen anda. Ini contoh sahaja) Dengan menjadi yang pertama, ia menjadi branding yang baru kepada pusat tuisyen anda kerana anda menawarkan servis lain dari yang biasa.

Strategi kedua : Menjadi yang unik

Anda ingin menjadikan pusat tuisyen anda unik dan lain dari yang lain.

Strategi ketiga : Menjadi header/pioneer

Anda ingin menjadi pusat tuisyen yang terbaik antara pusat tuisyen yang lain. Di mana bila ibu bapa sebut sahaja pusat tuisyen, mereka akan menyebut pusat tuisyen anda yang pertama. Contoh Pioneer dalam Stesen Minyak – Petronas, Pioneer dalam Smartphone – Apple atau Samsung. Pioneer dalam laman social – Facebook

Strategi Keempat : Menjadi warisan sejarah (heritage)

Pusat tuisyen anda dijadikan turun temurun dan selama-lamanya sehingga ke anak cucu. Contoh, Kumon yang diasaskan oleh Toru Kumon, seorang guru matematik pada tahun 1956, sehingga beliau wariskan ke anaknya untuk menjaga Kumon.

Strategi Kelima : Menjadi Specialist (pakar)

Anda ingin menjadikan pusat tuisyen anda pakar dalam bidang tertentu. Contoh, Kumon fokus kepada subjek matematik dan English untuk membantu pelajar yang lemah asas. Dengan menjadi pakar, ia lebih kecil skop pelanggan dan ada niche market yang sendiri. Ia juga bakal membuatkan pusat tuisyen anda menerima lebih ramai pelajar yang betul-betul ingin menyelesaikan masalah mereka dalam subjek-subjek tertentu.

Strategi Keenam : Polaritary Position

Anda ingin menjadi Pusat Tuisyen lain dari yang lain. Anda ingin pelanggan ingat pusat tuisyen jenis yang macamana.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda yang ingin membuka pusat tuisyen satu hari nanti

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *