Bisnes Tuisyen

Adakah Pusat Tuisyen Dibenarkan Dibuka Sepanjang PKP?

Berdasarkan sidang media dari Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada 12hb Januari 2021 berkenaan status pengoperasian institusi pendidikan swasta (IPS) adakah dibenarkan dibuka secara fizikal semasa dalam tempoh PKP bagi kali kedua bermula 13hb Januari 2021 sehingga 26hb Januari 2021. Tonton video dibawah untuk hasil rakaman dari Cikgu Firdaus berkenaan status operasi pusat tuisyen.

Sumber : Cikgu Firdaus

Berdasarkan video diatas jelas menunjukkan bahawa Pusat Tuisyen TIDAK DIBENARKAN DIBUKA SECARA FIZIKAL DI NEGERI PKP dan hanya dibenarkan dibuka secara fizikal di negeri PKPB dan PKPP mengikut takwim 2021. Ini juga tertakluk kepada semua institusi pendidikan swasta yang lain kecuali tadika yang dibenarkan dibuka sepanjang tempoh PKP. Info lanjut berkenaan pembukaan pengoperasian pusat tuisyen anda boleh dapatkan maklumat daripada pegawai PPD berhampiran di kawasan anda.

Walaubagaimanapun, kelas tuisyen boleh dibuka secara ONLINE atau PDPR mengikut strategi bisnes pusat tuisyen masing-masing.

Lihat tonton video penuh sidang media dibawah :

Sumber : Harian Metro
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *