Bisnes Tuisyen

5 Cara Mudah Mencari Guru Tuisyen Untuk Bisnes Pusat Tuisyen

Guru tuisyen merupakan salah satu aset dalam bisnes pusat tuisyen. Kalau kita lihat kebanyakkan pelajar seronok dan suka belajar di pusat tuisyen adalah bukan sahaja kerana jenama atau produk itu sendiri TETAPI juga adalah kerana guru tuisyen sendiri yang memberikan impak dan pembelajaran yang mudah faham kepada anak murid.

Jadi kita sebagai pengusaha bisnes tuisyen mahupun ibu bapa bagaimana nak mencari guru tuisyen?

1. JAWATAN KOSONG DIRECTORY

Anda sebagai pengusaha boleh mencari guru melalui jawatan kosong yang lain seperti JOBSTREET, JOBSMALAYSIA, MUDAH.MY, MAUKERJA dan sebagainya. Antara pilihan penulis adalah platform mudah.my, ini kerana anda boleh iklankan jawatan kosong di mudah.my dengan harga yang lebih murah dan berbaloi berbanding dengan jawatan kosong directory yang lain.

2. FACEBOOK

Tak lain tak bukan kini media sosial adalah menjadi pilihan majikan untuk mencari pekerja. Pengusaha juga boleh mencari guru tuisyen dalam facebook dengan cara melalui search box di atas, melalui group-group FB yang ada atau melalui rakan-rakan anda sendiri. Melalui facebook juga, kita kenal sikap seseorang dengan cara post, gambar, komen dan sebagainya

3. SEKOLAH-SEKOLAH

Cara ini adalah samada melalui rakan-rakan anda yang merupakan guru sekolah atau anda boleh buat cara melalui membuat iklan dan diberikan kepada pihak pentadbir di sekolah. Ini juga bergantung kepada lokasi tertentu. Ada setengah tempat yang memang guru sekolah ingin mengajar lagi di pusat tuisyen dan ada setengah tempat yang guru sekolah tidak ada masa untuk mengajar lagi di pusat tuisyen. Anda boleh mencuba dengan cara ini.

BACA LAGI : LANGKAH-LANGKAH MENDAFTARKAN LESEN PUSAT TUISYEN DI MALAYSIA

4. RAKAN KEPADA RAKAN

Cara ini adalah anda boleh sebarkan kepada rakan-rakan anda sesiapa yang berminat untuk menjadi guru tuisyen di tempat anda. Anda boleh war-warkan yang anda perlu mencari guru tuisyen yang berkelayakan dan ingin membuat part-time. Sekiranya anda mencari dengan cara ini anda perlu temuduga sebaiknya kerana kebanyakkan yang akan hadir ke temuduga nanti adalah bukan berlatarbelakangkan pendidikan. Pastinya anda ingin mencari guru tuisyen terbaik di pusat tuisyen anda bukan.

5. SERTAI KOMUNITI

Pusat Tuisyen adalah salah satu bisnes berbentuk komuniti. Oleh itu, anda sebagai pengusaha banyakkan sertai komuniti-komuniti seperti sertai persatuan-persatuan penduduk, persatuan pusat tuisyen (KLIK SINI untuk sertai Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia), persatuan guru tuisyen dan sebagainya. Dengan cara ini juga secara tak langsung dapat membantu kita sebagai pengusaha mencari guru tuisyen terbaik atau mencari pelajar.

BACA LAGI : 8 CIRI-CIRI MEMILIH LOKASI DAN TEMPAT UNTUK BUKA BISNES PUSAT TUISYEN

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *